13 January 2017

Chinese New Year Megasales @ www.nile.com.my

Assalamualaikum
بسم الله الرحمن الرحيم




Wah lamanya tak update blog.sudah setahun gamaknya.lama gilerrrr tu menyepikan diri.Okey tahun 2017,tahun baru untuk memulakan langkah pertama nak update blog.confiden tu penting walaupun tak yakin pada diri sendiri sebenarnya hehe..
blog ni biasa-biasa je.suam suam kuku jerrrr.kalau nak story memang banyak lah.tapi ada ke yang nak baca blog ni lagi? Okey,nak tak nak kena teruskan jugak..kipidap dungibab..go go caiyokkk.
Langkah pertama join GA dulu.
Tq lysaa,saya dah join :*

Malam ni tak nak story panjang lebar.
Join dulu sebelum terlambat,
mudahan ada rezeki join GA dari Nile
Website Nile.com.my ada pelbagai jenis barang di jual.macam-macam ado.

Kau ghase??

Rugi oooo sapa-sapa tak join.hadiahnya lumayan..saya pun dah join,saja nak cuba nasib jugak.



www.nile.com.my



Klik Sini

Product:  Male/ Female Canvas Shoes
CNY2017 Sales price: RM15.50
Date: 13/01/2017
Time Start: 12.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only


Klik Sini

Product Storage Box
CNY2017 Sales price: RM19.90
Date: 19/01/2017
Time Start: 12.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 200 units only


Klik Sini

Product: Woan bag
CNY2017 Sales price: RM29.90
Date: 23/01/2017
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 450 units only


Klik Sini

Product: HaniyaBlouse
CNY2017 Sales price: RM23.90
Date: 24/01/2017
Time Start: 2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 169 units only



Nile.com.my

Product: Cardigan
CY2017 Sales price: RM24.90
Date: 24/01/2017
Time Start: 12.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 96 units only





Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

26 September 2016

Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Assalamualaikum




بسم الله الرحمن الرحيم

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Zana | Hai selamat pagi semua.lama zana tak share resepi ye..ada tak yang masih ingat dengan blog zana??
Dah hampir 1tahun zana slow blggoing huhu..busy sikit sejak anak-anak mula membesar ni.masa sangat singkat untuk meluahkan perasaan dan berkongsi apa je kat sini.kejap lagi dah mula start busy dah..anak balik sekolah.itulah rutin harian zana setiap hari.. :)
Pagi ni zana sempatlah curi masa sikit nak share resepi simple je ni.harap korang semua boleh try ye.semudah ABC je..
jom mulakan..







Bahan- bahan
Bahan A :


500 gram ikan pari ( dibersihkan )
10 biji bendi
1 biji tomato ( dipotong 4 )
1/2 cawan air asam jawa
5 tangkai daun kesum
3 cawan air
3 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa



Bahan B ( Dikisar ) :


20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk kunyit



Cara Masak
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi.
masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendidih.
Masukkan ikan, garam, daun kesum, dan bendi. Kemudian biarkan sehingga mendidih lagi.
Masukkan tomato perlahankan api, biarkan sehingga pecah minyak dan sayur lembut.
Angkat dan hidangkan dengan nasi putih dan ikan goreng dan sambal belacan perghhhh menyengak pedasnya.




Simple je kan..
Selamat mencuba..hope u alls suka


okey jumpa lagi di lain hari.


Assalamualaikum..




Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}