Showing posts with label resepi turun temurun. Show all posts
Showing posts with label resepi turun temurun. Show all posts

26 September 2016

Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Assalamualaikum




بسم الله الرحمن الرحيم

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Zana | Hai selamat pagi semua.lama zana tak share resepi ye..ada tak yang masih ingat dengan blog zana??
Dah hampir 1tahun zana slow blggoing huhu..busy sikit sejak anak-anak mula membesar ni.masa sangat singkat untuk meluahkan perasaan dan berkongsi apa je kat sini.kejap lagi dah mula start busy dah..anak balik sekolah.itulah rutin harian zana setiap hari.. :)
Pagi ni zana sempatlah curi masa sikit nak share resepi simple je ni.harap korang semua boleh try ye.semudah ABC je..
jom mulakan..







Bahan- bahan
Bahan A :


500 gram ikan pari ( dibersihkan )
10 biji bendi
1 biji tomato ( dipotong 4 )
1/2 cawan air asam jawa
5 tangkai daun kesum
3 cawan air
3 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa



Bahan B ( Dikisar ) :


20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk kunyit



Cara Masak
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi.
masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendidih.
Masukkan ikan, garam, daun kesum, dan bendi. Kemudian biarkan sehingga mendidih lagi.
Masukkan tomato perlahankan api, biarkan sehingga pecah minyak dan sayur lembut.
Angkat dan hidangkan dengan nasi putih dan ikan goreng dan sambal belacan perghhhh menyengak pedasnya.




Simple je kan..
Selamat mencuba..hope u alls suka


okey jumpa lagi di lain hari.


Assalamualaikum..




Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

30 July 2015

Resepi Nasi Tomato

Assalamualaikum



بسم الله الرحمن الرحيم


Resepi nasi tomato | Bila teringin sangat nak makan benda yang tak pernah buat,
Hah amik kau mulalah menggelabah semacam.cuba google tapi bahannya banyak sangat.Tapi aku nak yang senang dan simple je.

Last-last dapat jugak resepi nasi tomato.Buat-buat muka tak malu minta resepi ni dengan kawan haha..
Resepi yang ni memang simple giler dan senang nak buat.Terima kasih ecah sebab kongsi resipi semudah ABC ni..



Maaf lah gambornya tak berapa nak cun hehe...



Jom kita mulakan dengan bahan-bahannya :-


-Untuk Nasi-

2,3 cawan beras ( basuh toskan dan ketepikan dulu )
2 bawang merah (ikut besar mana) tumbuk / kisar
2 bawang putih - tumbuk / kisar
1 biji tomato - tumbuk /kisar
1 inci halia - tumbuk / kisar
1 btg kulit kayu manis
1 bunga lawang
1 bunga cengkih
1 buah pelaga
Minyak / majerin untuk menumis.
kalau guna majerin pun ok, baru la wangi sikit nasi tu.
sedikit garam


Bahan untuk acar :-

1 batang timun ( di potong memanjang dlm 1 inci mcm tu )
1 biji cili besar merah ( di hiris )
Nenas ( potong kecil ) ikut banyak mana nak letak ye.
gula & garam

Gaulkan semua bahan di atas tu.siap


Cara memasak :-

Mula-mula panaskan kuali,masukkan minyak / majerin tumiskan dulu kulit kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga & bunga lawang lepas tu barulah masukkan bahan di atas tu.
tumis sehingga naik bau wangi ye..urmmmm waaaaa..ada bau tak?? Kalau tak ada bau tu maknanya hidung korang tersumbat haha..

Lepas tu dah naik bau kan,kalau korang nak masukkan beras dalam kuali gaulkan sekejap pun blh jugak.
Tapi ikut citarasa sendiri la.bagi aku paling mudah nak jimatkan masa, masukkan je dalam periuk nak masak nasi tu gaulkan je dalam tu..masak macam biasa..air tu jangan lebih jangan kurang ye..macam masak nasi biasa jugak..ukur je guna jari..


Ok nasi sudah di masak.
Untuk ayam masak merah pulak



Bahannya pun senang dan simple je :-


Ayam ( di potong kecil dan bersihkan ) Bajet nak letak banyak mana ye..
1 biji buah tomato ( belah 4 )
2 biji bawang merah - tumbuk / kisar
1 biji bawang besar - di hiris halus
2 biji bawang putih - tumbuk / kisar
1 inci halia
Sos tomato
Sedikit air asam jawa
minyak / majerin untuk menumis
Garam & gula secukupnya.


Caranya :-

Panaskan kuali dan masukkan minyak/majerin goreng ayam dulu separuh masak toskan dan ketepikan.
lepas tu tumis semua bahan di atas sampai pecah minyak.masukkan sos tomato kacau kejap.masukkan ayam tadi kacau lagi baru masuk air asam.klu nk banyak tambah je air dengan sos tadi tu.barulah nampak keserasiannya pekat dan mables..kacau duk kacau jangan lupa masukkan gula dan garam ye.
last sekali masukkan tomato dan bawang besar yang telah di hiris tadi..kacau kejap bagi bawang & tomato layu di tasik madu dulu.barulah siap



1 lagi penambahan boleh juga makan dengan papedom ke papadom.. pun sodap..

Okey dah siap semua boleh di hidang untuk santapan bersama.Selamat menjamu selera..
Kalau ada yang tak faham ke nak tanya apa-apa drop komen kat bawah tu ye...



Terima kasih !!










Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

2 January 2015

Resepi : Puding Roti Jagung

Assalamualaikum



بسم الله الرحمن الرحيم



Ok chef zana nak masuk dapur pulok.dah lama tak share resepi.Malam ni Kerajinan yang terlampau nak buatkan puding roti ni untuk anak & suami.
Resepi ni senang je..nampak macam susah pada mulanya.
1st time zana buat puding ni meme tok menjadi lah.terlebih air jadilah puding roti banjir haha..

Tapi percubaan kali ke 2 barulah ok.tapi yang ni zana olahkan sikit sebab nak nampak lain dari lain..
Rasanya pun lain la sebab zana tambah jagung.

Ok kita mulakan ye..



Maaf dah hilang sekerat tak sempat hehe.. :)





Bahan-bahannya :-

Roti 8,9 keping
Susu 1 cawan (mug) (ikut kemanisan)
1 biji telur
1 sudu teh asen vanilla
1 cawan air (mug)



Caranya :-

Masukkan air,susu,telur dan asen vanilla kacau sebati semuanya..
Bila dah sebati semua koyakkan roti tu satu demi satu ye.
Kalau nampak cair boleh tambahkan lagi roti tu.
Koyakkan sampai habis dan lenyek-lenyekkan roti tu sampai hancur.
Kalau tak nak lenyek pun tak apa,boleh je blanderkan.kalau nak la hehe..

Tapi zana lenyekkan je.ok bila dah lenyek dan rata masukkan dalam loyang dan kukus.
Kukus sampai masak.kalau nak tahu masak ambil garpu cucuk je.




Tips : kalau taknak melekat pada loyang boleh sapukan minyak atau majerin.sebab nak elakkan dari melekat je.
itu terpulang nak letak ke tak ye.







Resepi ringkas dari zana senang,mudah dan cepat.



Selamat mencuba ^_^





Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

17 May 2014

Kerabu Kacang Panjang

Assalamualaikum




Selamat petang semua..
Petang ni Zh nak kongsikan resepi kerabu made in kelate :)
Kerabu ni sedap di makan dengan nasi panas atau di makan macam tu saja (ratah je).
Puasa tak lama lagi..best jugak ni di sediakan juadah berbuka nanti .^_^
Tapi sebelum tu maaflah ye sbb gambarnya tak snap satu persatu,sebab nak cepat..hihi






Ok kita teruskan dengan bahan-bahannya :-



Bahan A
- Kacang panjang
- Ikan kembong/selayang@sardin (lagi banyak ikan lagi urmmm sedappp)
- Lada hitam
- Bawang merah kalau besar 1 labu je (1 ulas)



Bahan B
- Bawang merah besar 1 labu (di mayang)
- Cili besar (di mayang)
- Cili api (di mayang ) kalau nak pedas lagi (tapi ikut suka je)
- Kelapa (buat kerisik
- Santan Pekat
- Asam limau / limau kasturi
- Garam
- Gula




Step seterusnya :-

1- Kacang panjang di mayang halus-halus,kemudian rebuskan tapi jangan rebus lama sangat,
celur sekejap je.lepas tu toskan dan ketepikan
.
2- Ikan tadi tu rebus atau bakar sebab nak ambil isi je.

3- Santan tu kalau boleh masakkan sekejap.(kalau kelapa perah guna air suam je.)

4- Kelapa tadi di goreng tanpa minyak.dah agak-agak dah nak perang tu.tapi jangan la sampai hangus pulak ye hihi..lepas tu tumbuk.(buat kerisik)

5- Seteusnya tumbuk lada hitam,bawang merah dari bahan A tadi tu..tak lumat pun tak apa,lepas tu masukkan ikan yang telah direbus tadi ambil isinya tumbuk lagi.

6- Sediakan mangkuk besar untuk di campurkan bahan-bahan A dan B tadi yang dah tumbuk,santan,gula,garam dan perahan asam limau masukkan ke dalam mangkuk tu dan gaulkan sehingga serasi dengan masam,manisnya..bila sudah serasi sedia untuk di hidang. :-




Selamat mencuba!!




P/s : Kalau boleh ketika nak gaulkan tu gunakan sudu sebab kalau guna tangan nanti cepat basi.
Sebab guna santan.boleh juga di simpan dalam peti sejuk..Enak juga di hidang ketika berbuka puasa dan bersahur..Puasa tak lama lagi!!
Kalau ada apa yang nak di tanya sila drop komen di bawah ye ^_<





Di sediakan oleh :- Resepi turun temurun ZH



Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

12 November 2011

Puding roti caramel

Assalamualaikum



Sape nk belajar wt menda ni mai cini mischef zana nk ajar ngeh3,bkn masterchef ..Jom2 xsoh duk malalut ntah kemana,mai kita blajar wat menda ni lak hehe..gambar pon ntah mane ntah..rembat kat google..hehe..xtau la sme ke x rasanya..haha..:D




Puding roti caramel



Gambo en google

Bahan A:
  • 1/2 cawan gula- dicairkan dalam loyang kukus (cara cairkan gula-panaskan pada api sederhana, biar cair dan mejadi keperangan)
Bahan B:
  • 1 buku roti atau 10 keping roti
  • 1 tin susu cair
  • 2 biji telur
  • 1 tin air buah (fruit coktail) atau boleh juga sirap buah seperti laici
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu besar tepung kastard
P/s: 1 Tin buah koktail untuk hiasan jika suka
cara-cara:
  • Panaskan tempat kukus
  • gaulkan semua bahan B kecuali fruit coktail dan tapis
  • masukkan bancuhan ke dalam loyang kukus yang berisi gula cair tadi
  • tutup loyang dengan plastik glaze nipis
  • kukus selama 30 minit
  • sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan hidangan
  • susun buah (fruit coktail) di atasnya dan hidangkan

Akhir kata Selamat mencuba ye..






    Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}