Showing posts with label Khasiat Buah Betik. Show all posts
Showing posts with label Khasiat Buah Betik. Show all posts

12 September 2013

Khasiat Buah Betik..!!

Assalamualaikum





13 Khasiat Buah Betik
=> Buah betik memang banyak zatnya serta berkhasiat. Antara khasiat yang paling ‘popular’ adalah untuk mengubati rabun mata. Entah benar ataupun tidak saya kurang pasti. Tetapi jika dirujuk pada bahan bacaan yang berkaitan, memang ada benarnya.
=> Selain zat vitamin, mengandungi serat dan zat protein, betik juga mengeluarkan sejenis enzim yang dikenali sebagai enzim papain. Papain banyak digunakan dalam penyediaan makanan, khususnya untuk melembutkan daging dan penyediaan ‘chewing gum’.
=> Walau bagaimanapun, di negara-negara ASEAN potensi industri papain masih belum diterokai sepenuhnya. Buat masa ini, pengeluar papain secara komersil hanya terdapat di Filipina.

♥Pelbagai Kandungan Buah Betik
=> Buah betik mengandungi pelbagai khasiat pemakanan. Bagi setiap 100g betik , ia mengandungi :
☑59.0 kalori untuk pembekalan tenaga,
☑92.1g air,
☑1.0g protein,
☑0.1g lemak,
☑13.5g karbohidrat,
☑0.5g serat,
☑0.5g abu,
☑31.0mg kalsium
☑0.8mg magnesium
☑17.0mg posporus
☑1.0mg zat besi
☑2.0mg sodium
☑337.0mg potasium
☑vitamin B sebanyak 0.08mg,
☑vitamin B2 (0.12mg)
☑niasin (0.1mg
☑vitamin C (69.3mg)
☑karotin (2431ug)

♥ 13 Khasiat Buah Betik
1. Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit.Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
2. Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.
3. Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut.
4. Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.
5. Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi.
6. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.
7. Khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan disamping menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda.
8. Daun betik pula mengandungi dekstrosa, karpain, karbohidrat, serat dan kalsium.
9. Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.
10. Daun betik tua, dikatakan boleh dibuat jus untuk mengubati penyakit denggi. Dengar khabarnya, platelet pesakit denggi akan segera bertambah jika meminum jus daun betik. Sejauh mana kebenaran ini, tidaklah diketahui.
11. Biji betik pula boleh digunakan untuk menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit pada kanak-kanak. Caranya ialah dengan mengambil segengam biji betik dan tumbuk hingga hancur kemudian direbus dan diminum oleh kanak-kanak tersebut, tetapi awas, ia dipercayai tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung.
12. Getah daripada daun, buah atau batang berguna untuk mengubati kaki yang pecah-pecah dan cara menyapu getahnya pada tempat berkenaan. Getah betik juga berguna bagi melegakan kesakitan gigi yang berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi tersebut atau boleh juga menggunakan kapas.
13. Daun betik yang ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut dapat menghentikan pendarahan.

=> Ternyata daripada senarai di atas, betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.
=> Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.
=> Betik juga boleh dimakan bagi melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit.




Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}