Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

24 March 2017

MEROKOK PUNCA SAKIT JANTUNG.

Assalamualaikum



بسم الله الرحمن الرحيم




PENYAKIT JANTUNG!! | "Penyakit jantung merupakan penyebab ketidakupayaan dan kematian pramatang rakyat Malaysia masa kini."









Jenis-jenis Penyakit Jantung.

1. Penyakit jantung bukan kongenital ( berlaku sejak dalam kandungan ) :
(i) Jantung berlubang.
(ii) Kecacatan injap jantung.

2. Penyakit jantung bukan kongenital ( akibat cara hidup yang tidak sihat atau akibat jangkitan ) :

(i) Penyakit jantung reumatik
(ii) Penyakit jantung infektif
(iii) Penyakit jantung koronari ( paling kerap berlaku )

Ia berlaku akibat daripada penimbunan tisu gentian lemak di dinding arteri. Timbunan ini boleh mengakibatkan arteri koronari menjadi sempit dan separa tersumbat.


Ini mengakibatkan angina pektoris atau sakit dada kerana pengurangan aliran darah ke otot jantung.
Arteri koronari yang tersumbat sepenuhnya boleh menyebabkan serangan jantung.




Tanda-tanda

SERANGAN JANTUNG


( a ) Sesat nafas.
( b ) Sakit dada yang menekan-nekan bermula di bahagian tengah atau kiri dada dan biasanya merebak ke lengan kiri dan leher.
( c ) Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam / pengsan.
( d ) Berpeluh dingin.
( e ) Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas.
( f ) Pening kepala dan berasa loya.



Faktor-faktor risiko penyakit
JANTUNG KORONARI

Faktor-faktor TIDAK BOLEH di ubah.

( a ) Risiko meningkat dengan peningkatan umur.
( b ) Jantina kajian menunjukkan kaum lelaki mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit jantung.
( c ) Keturunan : Jika terdapat sejarah ahli keluarga yang menghidap penyakit ini, ia akan meningkatkan risiko anda.





Faktor-faktor BOLEH di ubah.

a ) Tabiat merokok
b ) Kolestrol tinggi dalam darah
c ) Tekanan darah tinggi
d ) Pesakit diabetes
e ) Cara hidup sedentari
f ) Berat badan berlebihan
g ) Stres yang tidak ditangani dengan bijak



Langkah pencegahan
PENYAKIT JANTUNG


1. Lakukan pelbagai jenis senaman dan aktiviti fizikal

Anda boleh melakukan pelbagai jenis senaman untuk menguatkan jantung seperti berjalan,berjogging,berenang,berbasikal,melakukan senamrobik dan bersukan.


2. Amalkan pemakanan yang sihat.

* Makan pelbagai jenis makanan berpandukan piramid makanan.

* Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal.

* Makan nasi dengan produk bijirin lain secukupnya dengan memberi keutamaan kepada bijirin penuh.

* Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah - buahan.

* Pilih makanan yang rendah lemak dan kolestrol.

* Pilih makanan yang kurang kandungan gula dan garam.







3. Kawal berat badan
[ untuk mencapai indeks
jisim badan yang ideal ( body mask indeks - BMI ) ]

Lakukan perubahan kurangkan berat badan anda secara beransur - ansur.
Penurunan berat badan yang di syorkan adalah lebih kurang 0.5kg seminggu.


4. Kawal stres

• Rancang mada secara bijak
• ketahui kemampuan diri
• Berfikiran secara positif
• Tangani kritikan dengan baik
• Buat keputusan dengan bijak
• Jalin persahabatan
• Rancang perubahan dalam hidup
• Kongsi masalah dengan orang lain


5. Kawal diabetes (jika anda seorang penghidap diabetes)

( a ) kawal paras gula dalam darah
( b ) Kawal berat badan
( c ) Patuhi nasihat doktor dan ambil ubat mengikut jadual.



6. Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Pemerikasaan kesihatan secara berkala boleh mengesan awal faktor-faktor risiko penyakit jantung supaya pencegahan dapat di lakukan.

Lakukan pemeriksaan secara berjadual sekiranya anda berumur 35 tahun ke atas.

Bagi anda berumur bawah 35 tahun risiko tinggi, anda di nasihatkan untuk menjalani pemeriksaan saringan kesihatan untuk mengetahui tahap :

• Glukos
• Kolestrol darah
• Tekanan darah
• Komposisi lemak badan


Sentiasa pantau indeks Jisim Badan (BMI) anda.


Sumber-sumber dari klinik kesihatan.



Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

12 September 2013

Khasiat Buah Betik..!!

Assalamualaikum





13 Khasiat Buah Betik
=> Buah betik memang banyak zatnya serta berkhasiat. Antara khasiat yang paling ‘popular’ adalah untuk mengubati rabun mata. Entah benar ataupun tidak saya kurang pasti. Tetapi jika dirujuk pada bahan bacaan yang berkaitan, memang ada benarnya.
=> Selain zat vitamin, mengandungi serat dan zat protein, betik juga mengeluarkan sejenis enzim yang dikenali sebagai enzim papain. Papain banyak digunakan dalam penyediaan makanan, khususnya untuk melembutkan daging dan penyediaan ‘chewing gum’.
=> Walau bagaimanapun, di negara-negara ASEAN potensi industri papain masih belum diterokai sepenuhnya. Buat masa ini, pengeluar papain secara komersil hanya terdapat di Filipina.

♥Pelbagai Kandungan Buah Betik
=> Buah betik mengandungi pelbagai khasiat pemakanan. Bagi setiap 100g betik , ia mengandungi :
☑59.0 kalori untuk pembekalan tenaga,
☑92.1g air,
☑1.0g protein,
☑0.1g lemak,
☑13.5g karbohidrat,
☑0.5g serat,
☑0.5g abu,
☑31.0mg kalsium
☑0.8mg magnesium
☑17.0mg posporus
☑1.0mg zat besi
☑2.0mg sodium
☑337.0mg potasium
☑vitamin B sebanyak 0.08mg,
☑vitamin B2 (0.12mg)
☑niasin (0.1mg
☑vitamin C (69.3mg)
☑karotin (2431ug)

♥ 13 Khasiat Buah Betik
1. Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit.Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
2. Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.
3. Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut.
4. Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.
5. Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi.
6. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.
7. Khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan disamping menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda.
8. Daun betik pula mengandungi dekstrosa, karpain, karbohidrat, serat dan kalsium.
9. Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.
10. Daun betik tua, dikatakan boleh dibuat jus untuk mengubati penyakit denggi. Dengar khabarnya, platelet pesakit denggi akan segera bertambah jika meminum jus daun betik. Sejauh mana kebenaran ini, tidaklah diketahui.
11. Biji betik pula boleh digunakan untuk menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit pada kanak-kanak. Caranya ialah dengan mengambil segengam biji betik dan tumbuk hingga hancur kemudian direbus dan diminum oleh kanak-kanak tersebut, tetapi awas, ia dipercayai tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung.
12. Getah daripada daun, buah atau batang berguna untuk mengubati kaki yang pecah-pecah dan cara menyapu getahnya pada tempat berkenaan. Getah betik juga berguna bagi melegakan kesakitan gigi yang berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi tersebut atau boleh juga menggunakan kapas.
13. Daun betik yang ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut dapat menghentikan pendarahan.

=> Ternyata daripada senarai di atas, betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.
=> Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.
=> Betik juga boleh dimakan bagi melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit.




Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

7 September 2013

Khasiat Pegaga..!!

Assalamualaikum





6 Khasiat Pegaga

=> Setiap tumbuhan yang dicipta di muka bumi ini sememangnya mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaannya. Cuma kadang-kadang, kita saja yang tidak menyedarinya. Salah satu daripadanya daun pegaga.
=> Nama saintifik bagi pegaga ialah Hydrocotyle asiatica Linn dan ia adalah daripada Famili Umbilliferae. Di dalam masyarakat Melayu, pegaga sering digunakan sebagai ulam.
Tumbuhan herba ini sebenarnya mempunyai nilai perubatan tradisi yang tinggi.


(a) Serikan Wajah Anda –
=> Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan itu. Tapiskan dan sejukkan. Setelah itu, minumlah sekali sehari setelah makan malam dan amalkan seminggu 3 kali. Anda akan dapati wajah anda akan lebih berseri.


(b) Kecutkan Peranakan –
=> Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah makan pucuk pegaga dengan buat ulam atau digulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut.

(c) Menghilangkan Bintik-bintik Hitam Di Muka -
=> Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka. Caranya: Ambil 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garam, kemudian ditumbuk halus dan campurkan air garam dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit air suam.

=> Amalkan memakainya pada muka anda setiap malam dan cucilah pada keesokan harinya. Lakukan petua ini setiap malam sehingga bintik-bintik hitam di muka anda hilang.


(d) Mengubati Sakit Kepala -
=> Daun pegaga perlu direbus dengan kacang hijau dan dibiarkan semalaman dalam keadaan yang terdedah. Kemudian daun pegaga itu dimakan bersama kacang hijau dan air rebusan tersebut pula haruslah diminum.


(e) Mengubati penyakit sengal-sengal badan –
=> Bagi mengubati penyakit ini, daun pegaga hendaklah direbus dengan bawang dan air rebusan itu haruslah diminum. Bagi mengubati sakit mata pula, daun pegaga direbus dan air rebusan itu diminum setelah dicampurkan sedikit dengan gula.


(f) Mengubati penyakit demam kepialu atau typhoid-
=> Daun pegaga haruslah ditumbuk lumat dan diletakkan di atas dahi.
Ternyata banyak khasiat pegaga di sebalik bentuknya yang kecil tersimpan rahsia besar membuktikan pegaga sungguh pun kecil namun tumbuhan ini banyak khasiatnya.
Selamat mencuba!



Kredit : resepisaya




Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

2 May 2013

Masalah Sembelit Ketika Hamil & Tips Mengatasinya !!

Assalamualaikum




Masalah sembelit selalunya terjadi pada ibu-ibu yang mengandung.




Punca-punca sembelit :

Terdapat beberapa punca sembelit ketika hamil. Hormon-hormon yang melembutkan otot-otot usus yang menyebabkannya kurang cekap bekerja, pengambilan serat yang sangat sedikit dalam permakanan, beberapa jenis pil zat besi dan rahim yang membesar menekan usus besar.



Langkah untuk cegahkannya :

Tambahkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat seperti dengan memakan salad, buah-buahan, roti dan beras ceruh iaitu beras yang di tumbuk bersih hingga putih.( tanya pada yang pakar apa itu beras ceruh ) . Dengan meminum banyak air, yakni antara 6 hingga 8 gelas sehari. Jangan tergesa-gesa ketika membuang air kecil atau besar dan elakkan daripada meneran. 



Penawarnya :

Makanlah sedikit buah-buahan sebelum tidur seperti buah kismis dan lain-lain. Letakkan kaki di atas baldi yang di terbalikkan dan regangkan kaki ketika membuang air besar. Kedudukkan ini dapat mengelakkan daripada meneran yang boleh menyebabkan buasir. Jika usaha ini gagal ada baiknya segera jumpa doktor.



Jom tengok Iron man3
Minta pendapat sikit
Siapa hero pilihan??



Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

19 March 2013

Maafkanku..

Assalamualaikum


Selamat malam semua..maafkan zana ye kawan2.
Zana dah lama x update blog & tak balas jejak korang tu..
Zana ada,cuma zana belum sihat lagi.
Zana janji kalau zana dah sihat, zana akan balas semua jejak2 korang tu ye...

Terima kasih jugak kepada semua follower zana yang aktif dan juga yang tak aktif..
Thanks guys :)



Ok la guys..
Selamat malam!




Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

15 April 2012

Awas! Bahaya Makan Kepak Ayam Kepada Wanita


Assalamualaikum

Siapa di kalangan pembaca semua yang suka makan kepak ayam? Jika anda wanita, hati-hati!


Penerangan Awas! Bahaya Makan Kepak Ayam Kepada Wanita

Pertumbuhan sista(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita.
Kisah Benar, Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.
Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.
Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.
Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.
Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam.



Sumber : informasikini.com


Sila like dan share Awas! Bahaya Makan Kepak Ayam Kepada Wanita



Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

29 February 2012

Jauhi Anda Dengan Rokok





 Cintai jantung anda.dapatkan cita rasa kesihatan

 jantung hati saya..


Asap rokok boleh mengancam nyawa anda



Langkah2 berhenti merokok..
Amalkan 8M

1. Melengahkan nyalakan api rokok
2. Menarik nafas panjang
3. Minum air
4. Mengunyah sesuatu ( elakkan yang manis )
5. Membuat sesuatu
6. Mandi dan basuh tangan
7. Melakukan senaman atau regangan
8. Memohon doa

???????????




Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

Adakah Jantung Anda Sihat???









Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

23 February 2012

Sayangilah Jantung Anda




Haloo gengs.
Zana mohon maaf sekiranya zana jarang berblog sejak 2 menjak ni..sebab minggu ni zana bz sikit..sbb akak nak kawin..So zana kena la jadi org kuat dalam majlis ni hehe..tapi xde la kuat sangat pun..cume tolong apa yang patut je hihi..tapi sempat lagi ni zana curi2 merayap kat sini ni hehe..

So sekarang zana nak cabut dulu la sblm org tpn lak hek3..
bubbye ye kawan2..
nnt kalau ada masa zana datang lagi ye..see you..







=>> Sayangi jantung anda ye...hehe xde kena mengena ngan idop dan mati hihi..

Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}