Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

13 April 2017

PYJAMAS PILOT MURAH

Assalamualaikum




بسم الله الرحمن الرحيم


Pyjamas pilot murah | Koleksi baju budak
comel-comel yang sangat murah dan berbaloi.
Kalau ibu-ibu ingin dapatkan set pilot yang murah ni,boleh lah intai-intai dulu dekat sini.
Nak belikan untuk anak, adik atau nak hadiahkan untuk anak buah.boleh aje,apa salahnya
kan haha..
Dapatkan koleksi pilot murah yang cute ini sekarang.
Set pilot yang comel ni sesuai untuk baby boy @ girl.

Saiz muat dari 1-5 tahun.
Material cotton,selesa dan tak panas,
sesuai lah dengan cuaca sekarang ni kan.
Semua item ready stock.




Saiz 5-6y



1-2y



1-2, 3-4 & 5-6



Merah & biru






Set pyjamas pilot
Saiz 1-5Y
Material cotton
Warna yang ada Emerald green,kelabu,biru & merah

Harga 1set : Rm13.00
Harga 2set : Rm23.00

Postage : Rm7.00sm / Rm10.00ss


Macam mana nak dapatkan koleksi anak-anak yang comel ni?
Untuk detail @ order boleh terus ke :

Facebook : Ana Hassan
Whatsapp : 016-3249132




Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

30 October 2013

Siapa ZH aka ZanaHassan???

Assalamualaikum





Siapa zana Hassan??



ZH orang biasa je.Bukan blogger yang pemes pun.
Baru nak belajar tentang selok belok dunia blogger.


ZH aktif dengan blog ni sejak tahun 2011,tak silap bulan jun kot.
Time tu just suka-suki je nak buat blog.
Tu pun tak tahu nak buat apa dengan blog masa tu.hehe..

Nak kongsi apa?apa fungsi berblog?? best ke?? 
Semuanya dalam tanda tanya time tu.
Time tu masih bluurrr2 gitu,tak faham sgt.
Skg pun masih merangkak lagi tentang dunia blogger ni.


ZH berblog bukan nak pemes ke apa.
Just nak cari kawan2 blogger, berkongsi apa yang sepatutnya dan sebagainya. 
yang penting benda yang mendatangkan kebaikan.
ZH berasal dari kelantan,menetap di selangor.



Ni soalan yang akan di tanya nanti.
Zh dah siapkan awal-awal hehe..



Adakah ZH sudah Berkahwin??
Ya, ZH sudah berkahwin dan ini adalah En suami ZH :)
Orangnya sporting, sempoi & gila-gila macam ZH jgk la hihi..






ZH sudah ada anak??
Ya. ^_<


Yang ni puteri sulong kami :)



Yang ni sebelah kanan pulak putera kami yang ke 2


Inilah keluarga ZH 
Semoga jodoh kami berkekalan hingga ke akhir hayat  ^_^
Aminnn...

Oke la setakat itu jela tentang diri ZH ye..
Salam kenal untuk semua ^_<
Bubbye!!





Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

29 August 2013

Untungnya En Suami..!!

Assalamualaikum




>> Untungnya jadi suami...
Tengok isteri dengan rasa kasih, dapat pahala.
Senyum kat isteri dapat pahala.
Cakap lembut-lembut dengan isteri dapat pahala.
Belai rambut isteri dapat pahala.
Peluk isteri dapat pahala.
Cium isteri dapat pahala.
Bergurau dengan isteri dapat pahala.
Bermanja dengan isteri dapat pahala.
Puji isteri dapat pahala.
Ehem-ehem dengan isteri dapat pahala.
Senang sangat nak buat pahala.
Syaitan pun menangis,
sebab gagal nak buat kita,
suami isteri bergaduh sampai terlintas dalam hati nak bercerai berai.
Untung sungguh siapa yang ambil kesempatan kumpul pahala dalam rumah tangga ni.. :)




Renung-renungkan dan selamat beramal..




Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

25 July 2013

Dugaan!!


Assalamualaikum



Selamat berpuasa semua...
Walaupun sudah 16hari kita berpuasa..petang ini zana berkesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia..

Dah lama blog ni tak berupdate...
Korang semua pose tak hari ni.
haaa ada yang x pose ye...( biasanya gegurl je) hehe..
jangan ponteng2 ye...klu yg xblh pose tu faham2 la ye hihi...

Apa menu juadah berbuka korang hari ni ye?
kalau zana,hari ni xlarat nak masak.rasanya masak kat bazar jela ptg ni hehe...


Rasanya puasa tahun ni x semeriah 2 tahun lepas..
Apatah lagi raya..sedih sangat huhu :'(

Perginya abg iparku untuk selamanya pada hari ke 7 kita berpuasa..
Semoga rohnya di tempat-tempatkan orang-orang yang beriman dan soleh..


Al-fatihah untuk arwah abg iparku..




Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

12 December 2012

Buah Hati!! Buah Tangan!! Shopping Time!!!

Assalamualaikum


Selamat malam..!!
Malam ni macam nak hujan,kalau hujan best gak tido ni..Tapi sebelum tido nak update blog dulu.Sambungan yang lepas kat Sini . Lagi satu sebab tarikh hari ni cantik sangat 12.12.12 hehe..

Terasa bosan???Bosan baca blog ini???Oh tidak..!!Tiada paksaan.Kadang2 kita manusia x pernah sempurna..kadang kala kita di atas, kadang kala kita di bawah..Ah tipu lah klu xpernah buat silap kan..hehe..
Xnk panjang lebar jom cuci mata jela hihi.
Sapa pernah pergi ke Pengkalan Kubur Kelantan & Wakaf Che Yeh?? Sila angkat tangan ye..



Model cilik saya ^_^

Kalau korang dtg sini memang rambang mata..

Kat sini korang kena pandai tawar menawar.. 
Kalau x mmg dia ketuk harga tinggi..!!
Lebih2 lagi musim cuti..


Kalau nak gedik2 masuk la kat kedai ni ye. 
Nama pun dah gedik fesyen haha..


Pilih- pilih mana satu pilihan hati hehe..
( Tapi zana x beli pun eksen je lebih haha..)


Kalau nak buat kenduri kendara tu dia periuk kuali ado tu hah!!


Yang penting pandai minta kurang la ye..


Lepas pergi Pengkalan kubur. 
Malam pulak pergi Wakaf Che Yeh lak..gilerrr lah!!


Perggghhhh Pusing punya la lama.. 
Satu habuk pun x lekat di tangan haha..


Nak seribu daya.
Yang penting pokok pangkal hati nk yang mana satu kan. 
Dok gitu geng!!

  
Bersambung Part III


Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

7 December 2012

Keindahan Alam Ketika Berada Di Kampung Halaman!!

Assalamualaikum

Salam sejahtera untuk semua readers..\U alls sihat x?harap-harap sihat selalu ye..:)

Lama sungguh  x update blog ni.Last update pun time g tgk konsert kat gambang ritu je..:)

Pengalaman yang x dpt dilupakan ketika Dato' Siti tarik tangan den untuk duk sblh dia hihi..malu lak rasanya..(malu-malu kucing gitu hehe)

Tapi malam ni zana luangkan sedikit masa untuk berkongsi pengalaman ketika berada di Kelantan pulak..Jalan sakan ni..



Inilah Pantai Geting tempat zana bermain-main ketika masih kanak-kanak ^_^


Apakah itu???


Zaman kanak-kanakku,kanak2 periang :)


Kanak2 ribena sedang bermain layang2 la pulak hihi..nak wat cne kan masa kanak2 xpuas main layang2 katakan haha...


Keindahan alam semula jadi 


My budak kecik saya 


Cantik sungguh permandangan ketika di senja kala 



Ok la setakat itu jela dulu nnt ada sambungan lagi tau..tungguuuuu....!! 
Terima kasih
Kita jumpa Part II ok :)




Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

8 May 2012

Uniten Bangi

Assalamualaikum



Halooo readers ^_^
Lama benar zana x update blog ni..mesti korang tertanya2 mana hilangnya zana kan?
Sebenarnya zana tengah tensen ni.sebab line slow giler.itu yang membuatkan kemalasan yang melanda,mengalahkan siput.
Tapi rasanya siput lagi laju kot hehe..
Hari ni zana cuma nak berkongsi gambar2 ketika zana pegi uniten bangi je..


Kepenatan dalam perjalanan..sampai tertido Zzz


Simpang nk masuk ke shah alam



Msu kat Shah Alam fuyooo besar gilerr...


Sampai Putrajaya


 Hampir 2jam akhirnya sampai la jugak uniten


Inilah tempat adik iparku khusus selama 5hari..
Adik tunggu petang khamis ni.kami akan sampai.
tungguuuuu ye...hehe



Di saat menunggu makucu pegi daftar masuk..sempat lagi sikecil yang lincah ni berposing..
Saksikanlah aksi kelincahannya.. :)






Ada gaya model x hihi

akhirnya kami pun sampai jugak..
K.S


Jalan-jalan makan angin sampai kembung :D
Ok bubbye..jumpa lagi ^_<


Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

1 April 2012

Perginya Untuk Selamanya

Assalamualaikum





Maafkan zana kerana sudah sekian lama zana menyepikan diri..Zana menyepikan diri bukan bermakna zana dah lupakan korang semua..Tapi kerana takdir yang menentukan semuanya..

Pada 24.03.2012 ayah mertuaku jatuh sakit kerana high attack serangan jantung kali 2 dan yang terakhir...
Ayahku terpaksa dikejar ke hospital Sg.Buloh.Dan selama dia kat CCU.
Hari sabtu dia koma selama 1 hari,dan keesokkan harinya dia sedar,tp tak boleh nak bersuara kerana wayar bantuan pernafasan ada dalam mulutnya.
doktor bagitahu keluargaku kemungkinan dia tak dapat di selamatkan lagi..

Pada 26.03.2012 kami terima berita yang menyedihkan yang ayah mertuaku telah pergi untuk selamanya..
Walaupun berat untuk kami terima semua yang berlaku,tapi kami kuatkan semangat dan kami redha dengan pemergiannya untuk selamanya... :'(
Tapi hajatnya tak kesampaian untuk bertemu cucu kesayangannya...
sebab kat situ budak kecik tak boleh nak masuk ke situ..Kami hanya sempat merakam video ni untuk di tunjukkan pada atuknya ketika atuknya sedar...



AL-FATIHAH UNTUK ARWAH
SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPAT-TEMPAT ORANG YANG BERIMAN DAN SOLEH AMIN...



Setiap yang hidup pasti akan mati jua..



Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

5 March 2012

Majlis Pernikahan Kakak Iparku

Assalamualaikum






Selfie with my beras eh biras hehe..




Gambar kenangan bersama pengantin di Pahang.
3.3.2012





Di hari persandingan 
26.2.2012




 Budak Tomot





Hiasan di kamar.Hasil kami bersama..









Di hari pernikahan
24.2.2012




Pengantin & rakan-rakan













Dari Selangor sampai Ke Pahang




P/s : Tahniah di ucapkan pada pakngah & makngah.
Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.Aminnnn 


Terima kasih sudi baca..

Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}