Showing posts with label #EntriKelabB‪loggerBenAshaari. Show all posts
Showing posts with label #EntriKelabB‪loggerBenAshaari. Show all posts

30 September 2014

Hari 30 : Perkara Menarik Yang Anda Berbangga Tahun Ini

Assalamualaikum






Apa yang aku bangga dan manarik pada tahun ni,
adalah aku di kurniakan seorang anak.hihi..dan aku mendapat anak lelaki..yeeeeee
Alhamdulillah Allah makbulkan doa kami..
dan tak lama lagi cukup lah 1 tahun anak kami..
Dah besor dah anak-anak mama ni..Dan aku bangga jadi mama mereka berdua..

Nanti bila anak-anak mama dah besar nanti jadi anak yang soleh dan solehah ye..Jadi anak yang baik akhlak,dan berjaya dunia akhirat..Amin..



Terima kasih sudi singgah dan baca..


#EntriKelabB‪loggerBenAshaari
#‎KelabBloggerBenAshaari‬
‪#‎Cabaran30Hari

Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

Hari 31 : Apa Yang Anda Dapat Dengan Berblog

Assalamualaikum









Dengan berblog aku dapat berkongsi apa yang sepatutnya untuk di kongsikan.
Dapat kenalan dengan blogger yang femes-femes..
tapi aku tak ada lah femes pun..aku blogger cabuk di tepian muara je..
dengan blog jugak aku dapat tips,petua,kecantikkan dan sebagainya..



Aku suka blogging..tapi masa yang tak mengizinkan..sebab itulah task banyak yang tertingal..sabor jelah ye..




P/s : Bulan sept ada ke 31 hari ke hehe..
Fuhhh!! Berakhir sudah task selama 30 hari..walaupun lambat nak siapkan..



Terima kasih sudi singgah dan baca..


sekian wassalam..





#EntriKelabB‪loggerBenAshaari
‪#‎KelabBloggerBenAshaari‬
#‎Cabaran30Hari


Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

29 September 2014

Hari 29 : Bunga Kegemaran,Dan Ertinya Untuk Anda

Assalamualaikum





Bunga kegemaran ialah rose..
Sebab zh suka rose ni kerana baunya dan aromanya je..
Kadang-kadang bila pandang je bunga rose tu rasa tenang kot..masa zaman sekolah dulu bunga rose tu di keringkan lepas tu selit dalam buku hehe..


gambar kredit en gugel je


Rose merah melambangkan seksi gitu hehe..Nampak tu seksikan bunga rose tu..bukan si ros tu ye kekeke..



Rose putih melambangkan kesucian dalam debu..




Rose pink melambangkan jambu..bukan kumpulan jambu tau..


Sebenarnya zh suka semua jenis bunga..termasuklah bunga tahi ayam ngeeee...janji bunga..bukannya tahi ayam kan..haha
ok bai




Terima kasih sudi singgah & baca..
kalau sudi komen elok-elok ye hihi...





#EntriKelabB‪loggerBenAshaari
‪#‎KelabBloggerBenAshaari‬
‪#‎Cabaran30Hari

Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

28 September 2014

Hari 28 : 5 Perkara Yang Bermula Andainya

Assalamualaikum




=> Andainya aku menjadi kaya raya aku belanja kawan semua :) iye ke

=> Andainya aku pernah melakukan kesalahan semasa menulis entri ini,maafkalah ye.

=> Andainya aku dapat balik raya haji kan best jugak ni hehe..

=> Andainya aku tertido,selamat malam.

=> Andainya aku sudah tiada, halalkan makan minumku atau maafkalah daku selama aku berblog..






Tambahan lagi..

Andainya sudi singgah & komen silakanlah komen elok-elok ye.
Andainya korang sudi tinggalkan link kat bawah ni silakan,nanti zh terjah kembali..





#EntriKelabB‪loggerBenAshaari
‪#‎KelabBloggerBenAshaari‬
#‎Cabaran30Hari

Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

27 September 2014

Hari 27 : Mood Anda Hari Ini

Assalamualaikum




Mood hari ni Happy






Terima kasih daun keladi..



#EntriKelabB‪loggerBenAshaari
‪#‎KelabBloggerBenAshaari‬
‪#‎Cabaran30Hari

Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

25 September 2014

Cabaran 30 Hari : Hari 25 : Berita Terkini Hari Ini Yang Zana Baca

Assalamualaikum




Berita apakah yang aku baca??
urmmm sebenarnya aku tak baca apa-apa berita pun hehe..
sebab aku ni cepat hilang ingatan..haha

baca hari ni, kejap je tak sampai 5 minit dah tak ingat haha..
tapi 1 je yang aku takkan lupa..yang ni memang aku tak lupa la..
sebabnya hari-hari kena baca dan kena ingat.

aku tak baca berita terkini,tapi aku baca resepi terkini.
nak masak apa hari ni, itu je yang aku ingat..

biasalah dah tua-tua macam ni dah lupa..
banyak sangat nak kena basuh dengan otak ni hehe..



Oke task untuk hari ni..



Terima kasih sudi singgah & baca..



#EntriKelabB‪loggerBenAshaari
‪#‎KelabBloggerBenAshaari‬
#‎Cabaran30Hari

Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

24 September 2014

Cabaran 30 Hari : Hari 24 : Rumah Impian Zana

Assalamualaikum





Salam 1 blogger..


Rumah impian ialah rumah banglo,rumah kondo,rumah idaman,rumah prima,rumah free..erkkk rumah free???

Setiap orang perlukan tempat tinggal yang best dan selesa..tapi ikut kemampuan la kata fareeda hehe..kalau tak mampu jangan beli..kalau tak layak jangan sibuk nak beli.


Tapi bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni.."RUMAHKU SYURGAKU"
Biarlah hidup bersederhana janji tak ada hutang keliling pinggang.

Ada orang gayanya macam ni..apa pepatah orang kata..orang yang kata ye..bukan aku yang kata..aku ikut je.."BIAR PAPE ASAL BERGAYA" faham-fahamlah maksudnya ye kekeke...

Kadang-kadang ada jugak manusia yang iri hati..walaupun rumah kita kecik ke besar tak perlulah cakap hiiiii rumah kecik @ besar @ terlebih cantik dari rumahnya..boleh pulak cakap hiii tak cantik la macam ni,macam tu..bla bla bla bla..


Apa pun rumah impianku RUMAHKU SYURGAKU ^_____^
Sekian..




Terima kasih sudi singgah dan baca...



#EntriKelabB‪loggerBenAshaari
‪#‎KelabBloggerBenAshaari‬
#‎Cabaran30Hari


Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

23 September 2014

Cabaran 30 Hari : Hari : 23 : Pekerjaan Yang Anda Ingin Selain Kerja Anda Sekarang

Assalamualaikum






Hari yang ke 23 cabaran yang ni isu pasal pekerjaan..
Tajuk yang ni memang aku tertarik sikit..sikit jela..tak boleh lebih sangat nanti terover pulak..




Cabaran 30 Hari : Pekerjaan Yang Anda Ingin Selain Kerja Anda Sekarang


Okey semua orang nak pekerjaan yang bagus-bagus..Tapi aku hanya seorang penganggur tegar je haha..duduk rumah goyang kaki je :D



Ok berbalik pada tajuk asal.. yang ni aku serius..tak main-main dah..
Semua orang nak kerja yang best-best..kalau ada pangkat lagi bagus..

Kerja yang aku buat sekarang ni pun memang terbaik dari ladang..
tak ada siapa yang akan halangnya.. :P
Nak tahu pekerjaan aku kini dan selamanya???



Pekerjaan aku adalah seorang suri rumah dan tangga..best sangat tau..
bg seorang suri rumah la
Dapat jaga anak-anak.dapat tengok anak depan mata..jaga makan minum suami dan anak-anak.siapkan semua keperluan mereka.
Bagi aku pekerjaan terbaik adalah seorang SURI RUMAH TANGGA..Dan kerja sambilan yang aku buat bisnes online.. ^^ kalau ada yang nak beli baju-baju aku ada jual hihi..sempat promot tu..erkkkk..

Kalau nak kerja tapi suami tak izinkan tak boleh jugak kan..lebih baik duduk rumah buka lappy buat bisnes sambilan..oke setal..






P/S : Lain orang lain pendapat.pendapat masing-masing..





Terima kasih sudi singgah & baca..








#EntriKelabB‪loggerBenAshaari ‪
‪#‎KelabBloggerBenAshaari‬
#‎Cabaran30Hari


Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

22 September 2014

Hari 22 : Destinasi Percutian Impian

Assalamualaikum




Salam 1 blogger..


Destinasi percutian impianku..Ialah Korea ngeeeee... ^___^
Kononnya nak berhoneymoon macam baru baru kawin gitu la kat sana..haha

Huh angannya tak mengalah hooooo...o_O haha..
tapi sebenarnya di luar kemampuanku untuk ke sana..hehe..berangan je lebih ni xoxo..
setiap manusia semuanya ada impikan destinasi yang menarik kan..tapi aku hanyalah insan yang suka berangan je hehe..

Percutian yang ikut kemampuan aku la rumahku syurgaku..inilah destinasi percutian impian aku hehe...






P/s: Tak salahkan kalau suka berangan kan..manalah tahu rezeki dapat jugak pergi ke destinasi yang ku impikan tu..^__^

Pssssttt...
Raya haji nanti bercuti di cameron highland..sapa ada sana jom la jumpa kat sana nanti ye hihi..okey bai..




Terima kasih sudi singgah & baca..



#EntriKelabB‪loggerBenAshaari ‪
‪#‎KelabBloggerBenAshaari‬
#‎Cabaran30Hari

Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

21 September 2014

Hari 21 : Tempat Yang Anda Ingin Pergi Dan Tak Pernah Pergi

Assalamualaikum






Salam 1 blogger..



Tempat yang aku ingin pergi??urmmmm kemana ye??jenuh duk mikir ni tempat mana yang teringin nak pergi dan tak pernah pergi lagi??

Dalam malaysia ni banyak jugak tempat yang belum pernah aku pergi..tempat yang aku teringin sangat nak pergi ialah tempat peranginan dan tepi laut tak pun tengah-tengah laut..yang nak sangat aku pergi tu adalah pulau perhentian dan pulau tioman..

bila ada kat mersing time pulak tak mengizinkan..sebab pergi time tu musim hujan dan ribut huhu..tak dapat la nak pergi..okay.!!
yang pulau perhentian pulak lalu je kat terengganu..tapi tak pernah lagi sampai..tu pun sekali lalu je..

hok tu pun sama jugak musim hujan dan ribut..musim bah katakan haha..itu baru 2 tempat yang teringin dan tak pernah pergi lagi..

hanya di malaysia je.
dalam malaysia ni pun belum habis nak pergi..haha..
cuma tak masyukkk je hehe..



Oke la itu je kot untuk task hari ni ..
sekian..
wassalam..



Terima kasih sudi singgah & baca..


#EntriKelabB‪loggerBenAshaari ‪
‪#‎KelabBloggerBenAshaari‬
#‎Cabaran30Hari

Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

20 September 2014

Cabaran 30 Hari : Hari 20 : Quote Kegemaran Anda

Assalamualaikum





Task ke 20 : Quote kegemaran..



Aku suka berkongsi quote di mana-mana je aku suka..
Kekadang ayat-ayat boleh menyentuh hati dan perasaan..ada yang tersentap..
Sentap ke??hehe..jangan nak marah-marah ye,nanti kena jual..



Nak tahu isi hati seseorang tengok pada sikapnya..contoh kalau dia tak suka kat orang tu..air mukanya boleh nampak perubahan..Sekarang ni boleh nampak tak air muka zana berubah???


|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


hahahaha...




Ikhlas menerima kesalahan dan belajar dari kesalahan itu dan akan menjadi sekuat harimau aauuuwwwwwww... :)
Ikhlas menerima kesalahan walaupun selalu buat salah..ngeeeee...
Oke bai..






Terima kasih daun keladi..kalau boleh komen lah sekali..




#EntriKelabB‪loggerBenAshaari ‪
‪#‎KelabBloggerBenAshaari‬
#‎Cabaran30Hari


Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

19 September 2014

Hari 19 : 1 Resepi Kegemaran Zana

Assalamualaikum






Resepi kegemaran zana yang paling zana suka adalah masakan sendiri,
masakan paprik menjadi pilihan zana..
Kalau makan kat luar biasanya nasi goreng ikan masin sudah semestinya..

Kadang-kadang nasi goreng paprik, tomyam yam yam...zana suka sebab rasanya ada sikit masam-manis gitu..
Zana ni jenis suka makan yang masam-masam..lebih-lebih lagi masakkan thailand urmmmmmm mables :)

Kalau nak cerita pasal makanan kegemaran ni memang banyak la..
tapi nasib baik ben ashaari minta 1 je hehe..
kalau tak penuh la dalam page ni nak senaraikan 1 persatu nanti haha..

Aihhh duk cerita pasal makanan kegemaran je perut dah mula berbunyi da, rasa lapar la pulok..


Okelah lah nak cau dulu..jom makan lapar hehe... Y^_^Y






Terima kasih sudi singgah & baca..


Jom try resepi zana kat SINI




#EntriKelabB‪loggerBenAshaari
‪#‎KelabBloggerBenAshaari‬
‪#‎Cabaran30Hari

Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

18 September 2014

Hri 18 : Siri Tv Kegemaran

Assalamualaikum







Gambar carian en google



Tv kegemaran aku yang paling aku suka ialah lawak..sebab aku suka bab lawak melawak ni.Suka gelak-gelak.
sekali sekali aku layan jugak tv yang ada kisah sedih-sedih.Itu pun ikut mood je la.

Sejak sudah kahwin ni moodnya sudah berubah.ada pasang surutnya.nak tengok tv yang merapu rapu yang ntah apa-apa memang tutup terus la tv tu..
lagi satu tv memang selalu tak dapat nak tengok sangat sekarang ni..dah ada anak-anak, dia lebih suka layan cerita kartun je..

kadang-kadang aku pun join sekaki...haha..
memang tak menentu..tak ada tv kegemaran pun dalam hidup aku ni..Semua aku layan janji best itu je.

Yang aku suka layan dan gemar tengok adalah MELETOP tiap hari selasa je..tu pun kalau masih tengok tv la..kalau tak memang ketinggalan jugak erkkk...

Mungkin masa ni aku tulis entri masa tengah ada MELETOP tu yang aku selitkan sekali hehe..
Oke itulah sahaja entri untuk hari ni..






Terima kasih sudi singgah & baca..



#EntriKelabB‪loggerBenAshaari ‪
‪#‎KelabBloggerBenAshaari‬
#‎Cabaran30Hari

Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

17 September 2014

Hari 17 : 5 Perkara Yang Anda Rindukan,Apa Saja

Assalamualaikum





Hari 17 : 5 Perkara yang anda rindukan, apa saja





1 : Rindukan kampung halaman,sukakan suasana kampung rasa tenang je.

2 : Rindukan permainan sewaktu kanak-kanak.tapi budak sekarang dan canggih permainan macam tu dah tak heran dah..cuma yang dia heren main gadget je :) kanak-kanak sekarang tak sama kot..kalau hidup di bandar mungkin takkan ada permainan macam ni.

3 : Rindukan Ayah. kerana ALLAH sayangkan dia.Ayahku telah pergi meninggalkan diriku sewaktu umurku berusia 8tahun..bayangkanlah bertapa aku rindukan belaian seorang ayah..tapi aku tak pernah merasainya..
Tapi kini Dia berikan aku seorang suami ^____^

4 : Rindukan masakkan mek kat kampung,mengidam pun teringin nak makan masakkan mek..tapi nasib baik dapat makan hehe :)

5 : Rindukan kawan-kawan di zaman persekolahan.







Terima kasih sudi singgah & baca..



#EntriKelabB‪loggerBenAshaari
‪#‎KelabBloggerBenAshaari‬
‪#‎Cabaran30Hari

Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

16 September 2014

Hari 16 : Siapa, Bagaimana Anda 10 Tahun Lagi

Assalamualaikum






Selamat hari Malaysia..




Cabaran seterusnya :


Dah mula kehabisan idea dah ni..tapi untuk suka-suka merapu jelah kat sini..
Ok berbalik pada tajuk cabaran kali ni,


Hari 16 : Siapa,bagaimana anda 10 tahun lagi



Siapa zh ketika itu InsyaAllah dengan izinNya..
Mungkin zh dah ada anak 5,6 orang kot haha..Zh pun dah tua dah time tu mungkin dah jadi nenek kot hihi..
Erkkkk ketika itu baru ku tahu rupanya aku sudah tua..mungkin masa tu umur pun dah 41tahun dah.
anak-anak pun dah besar belako..Time tu mungkin zh dah ada 1 kedai butik ke,kembangkan lagi bisnes-bisnes.manalah tahu kan..hehe
Kena berusaha lagi ni untuk capai cita-cita sepuluh tahun akan datang..haha berangan je lebih :)

Nak tengok anak-anak berjaya dunia akhirat.amin..






Terima kasih sudi singgah & baca..


#EntriKelabBloggerBenAshaari
#KelabBloggerBenAshaari
#Cabaran30Hari

Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

15 September 2014

Hari 15 : Surat Kepada Seseorang, Siapa Saja

Assalamualaikum





Salam 1 dunia..



Hari ke 15 :


Hok aloh tulis surat pulok doh.Dah lama tak main surat menyurat ni.
zh nak tulis surat tak rasmi kepada anda-anda semua..pendek dan ringkas je..



Terima kasih zh ucapkan pada semua yang sudi baca surat tak rasmi ini..
Terima kasih sudi baca blog ni
surat ini zh tujukan kepada semua pembaca blog zh..
zh harap u alls tak kisah ye..!



Oke sekian terima kasih..!



Alahai surat yang ni tak leh blah..macam budak-budak darjah 1 menulis ngeeee...

Tp sebenarnya malas nak tulis surat ni..sebab dah tak ada feel sangat..haha




Terima kasih sudi singgah & baca..






#EntriKelabBloggerBenAshaari
#KelabBloggerBenAshaari
#Cabaran30Hari




Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

14 September 2014

Hari 14 : Cerita Kasut Saya

Assalamualaikum







Cabaran 30hari : hari 14 : cerita kasut saya



Ketika aku kecil aku di belai di sayangi..kemana pergi aku dibawanya..ketika aku kotor aku di cucikan..ketika aku basah aku dikeringkan..kemana sahaja aku selalu kehulu kehilir,tak kira di mana jua..walaupun kadang-kadang kau pijak aku dengan taik ayam.taik ayam pun taik ayam lah.tapi yang pasti aku ada bersama-sama.

Akan tetapi bila aku makin hari makin di tinggalkan..kerana aku sudah lama dan mungkin buruk dan tak muat aku di buang atau aku di simpan di tempat yang gelap yang paling sadis aku di bakar.oh sakitnya!!menangisnya aku tak siapa yang tahu..


Alahai kasut je pun..buat apa nak menangis bagai..tak siapa pun yang tahu..kalau sudah koyak takkanlah nk guna lagi..(tuan yang kejam haha)





Dari kecil aku di gunakan





Sehinggalah dewasa..sampai tuan kasut sudah kahwin dan ada anak..
anak-anak pulak yang menyambung warisan hihi..






Itulah kisah cerita kasut zh haha.
cerita ini tiada kena mengena antara hidup dan mati.hanyalah rekaan semata-mata cabaran ini sahaja ^^
suka tak..?? kalau tak suka abaikan je ye hehe..





Terima kasih sudi singgah & baca



#EntriKelabBloggerBenAshaari
#KelabBloggerBenAshaari
#Cabaran30Hari

Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

Hari 13 : 5 Blog Kegemaran Zana

Assalamualaikum




Cabaran blog mana jadi kegemaran..urmmmm nasib baik nak 5 je.sebab tak tahu blog mana yang jadi blog kegemaran zh..


Cabaran 30 hari : hari 13 : 5 blog kegemaran anda


Secara rawak lah zh pilih blog mana menjadi kegemaran zh.



1- Ben ashaari,
2- Puteri kasih
3- Suria lekatlekit
4- Emasputih
5- Blog


Yang no5 tu tak blah..nak jugak hehe..




Itu nama blog yang ada dalam kepala zh ketika ini..
jom terjah blog mereka..banyak info menarik dekat blog-blog mereka..




P/s: Secara jujurnya,blog yang menarik dan jadi blog kegemaran tu sebenarnya
cara penyampaian dan info-info yang menarik.tapi blog zh hanyalah sekadar pinggiran sahaja takde yang best pun..




Terima kasih sudi singgah & baca..




#EntriKelabBloggerBenAshaari
#KelabBloggerBenAshaari
#Cabaran30Hari

Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

12 September 2014

Hari 12 : 5 Wishlist Zana

Assalamualaikum





Setiap manusia pasti ada 5 senarai pilihan kan..
task yang ni mesti korang suka..
Sebelum korang naik boring,baik di teruskan dulu..


Cabaran 30 hari : hari 12 : 5 wishlist saya


Ini senarai wishlist zh



1 : Nak tinggi
- Kenapa nak tinggi? Sebab orangnya yang tak berapa nak tinggi sangat.

2 : Nak beli kamera
- Nak gantikan,sebab kamera tu telah di rosakkan oleh raksasa hijau.. :P

3 : Nak tunggu anak-anak besar
- Boleh makan angin sampai kembung..lepas tu boleh minum minyak angin,sebab nak keluarkan angin tu..ngeeeeee...

4 : Nak berangan je
- Berangan-angan dulu mana tahu boleh jadi realiti kan..

5 : Wishlist korang
- Zh doakan wishlist korang akan tercapai ye..



Ok itu saje senarai wishlist zh


Terima kasih sudi singgah & baca



#EntriKelabBloggerBenAshaari
#KelabBloggerBenAshaari
#Cabaran30Hari

Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

11 September 2014

Hari 11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak-kanak

Assalamualaikum







Next...


Cabaran 11 : Kenangan lucu zaman kanak-kanak



Selamat malam readers..cabaran kali ni mengingatkan zh ketika waktu zaman kanak-kanak pada zaman dahulu..
Kenangannya bercampur lucu dan sedih sebenarnya..Kenanganku bersamamu.. erkkkk..


Waktu tu tak silap zh baru berusia 8 tahun kot..biasalah kanak-kanak baru nak belajar dan nakal-nakal gitu hehe..
Kalau teringat balik memang lucu la..tapi time tu tak ada perasaan lucu pun..nak nangis je..manje kededek kata orang kelate :D

Masa tu dekat pasar duk main kejar mengejar dengan adik lelaki zh..kalau mengejar tempat lapang orang tak kisah la kan..ni tempat orang tengah sibuk-sibuk kat pasar..Nak di jadikan cerita..waktu tu zh beli apa ntah lupa dah..lepas tu lah mula start main kejar kejar tu..

Haa tak pasal-pasal kena marah dengan pakcik makcik kat pasar tu.."jangah main lari-lari kat tangga tu dik" jerit pakcik makcik..

Hah tak di endahkan..teruskan berlari lagi..sampai la dekat tangga..
Dah la masa pakai baju kurung moden tak silap..Haaa baru teringat hari raya ke 2 masa tu.. (boleh ingat balik tu hek3..)
Adik dah turun tangga selaju-lajunya macam cheetah..blueerrrkkkk...kejap je dah hilang..laju gilerr..!!

Zh pun cuba la nak berlari jugak apa lagi lari la..bila turun tangga ok steady je lagi..bila sampai anak tangga yang seterusnya apa lagi..terpeleok lah kaki tu (terperleok tu cuba gugel kalau jumpa haha..) maksudnya gelincir.

Dari anak tangga atas sampai kebawah tergolek-tergolek jatuh tangga..bila sampai je bawah orang terkejut!!

Ini perbualan antara pakcik dan zh ^^


Pakcik : eh adik kenapa ni dik??
Jawaplah si zh dengan nada yang tak berapa nak sakit ni..huuuuu....
zh : saya jatuh tangga pakcik
Pakcik : dia pun tengok atas bawah takut ada yang cedera..eh adik berdarah ni dik.meh pakcik hantar balik.
zh : tak apa pakcik saya ok.darah sikit je (padahal sampai terkoyak rabak kain..darah sampai leleh-leleh.zh pun balik..tolak la basikal.rupanya adik dah sampai rumah dulu..sampai hati kau dik tinggalkan aku..!!
sampai je rumah barulah ada perasaan menangis huwaaaaaaa :'()




Itulah sejarah yang paling lucu bila dikenangkan balik..macam lawak je..hihi..
Sekian...

Dah macam diari la pulak haha..






Terima kasih sudi singgah & baca..
Kalau sudi cer komen cer komen ^^







#EntriKelabBloggerBenAshaari
#KelabBloggerBenAshaari
#Cabaran30Hari

Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}