26 September 2016

Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Assalamualaikum




بسم الله الرحمن الرحيم

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Zana | Hai selamat pagi semua.lama zana tak share resepi ye..ada tak yang masih ingat dengan blog zana??
Dah hampir 1tahun zana slow blggoing huhu..busy sikit sejak anak-anak mula membesar ni.masa sangat singkat untuk meluahkan perasaan dan berkongsi apa je kat sini.kejap lagi dah mula start busy dah..anak balik sekolah.itulah rutin harian zana setiap hari.. :)
Pagi ni zana sempatlah curi masa sikit nak share resepi simple je ni.harap korang semua boleh try ye.semudah ABC je..
jom mulakan..







Bahan- bahan
Bahan A :


500 gram ikan pari ( dibersihkan )
10 biji bendi
1 biji tomato ( dipotong 4 )
1/2 cawan air asam jawa
5 tangkai daun kesum
3 cawan air
3 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa



Bahan B ( Dikisar ) :


20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk kunyit



Cara Masak
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi.
masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendidih.
Masukkan ikan, garam, daun kesum, dan bendi. Kemudian biarkan sehingga mendidih lagi.
Masukkan tomato perlahankan api, biarkan sehingga pecah minyak dan sayur lembut.
Angkat dan hidangkan dengan nasi putih dan ikan goreng dan sambal belacan perghhhh menyengak pedasnya.




Simple je kan..
Selamat mencuba..hope u alls suka


okey jumpa lagi di lain hari.


Assalamualaikum..




Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

5 comments :

  1. Nyum nyum sedapnya. Boleh cuba nanti resepi ni. Thanks sharing! :D

    ReplyDelete
  2. ni kali yang ke empat saya terbaca tentang re3sepi asam pedas.
    Yang siapa punya lebih pedas saya tak tau.

    Mintak sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..asam pedas gerenti peda punya.klu xcukup pedas kasi tmbh sambal belacan..

      Hehe..

      Delete

Terima kasih :)