30 July 2015

Resepi Nasi Tomato

Assalamualaikum



بسم الله الرحمن الرحيم


Resepi nasi tomato | Bila teringin sangat nak makan benda yang tak pernah buat,
Hah amik kau mulalah menggelabah semacam.cuba google tapi bahannya banyak sangat.Tapi aku nak yang senang dan simple je.

Last-last dapat jugak resepi nasi tomato.Buat-buat muka tak malu minta resepi ni dengan kawan haha..
Resepi yang ni memang simple giler dan senang nak buat.Terima kasih ecah sebab kongsi resipi semudah ABC ni..



Maaf lah gambornya tak berapa nak cun hehe...



Jom kita mulakan dengan bahan-bahannya :-


-Untuk Nasi-

2,3 cawan beras ( basuh toskan dan ketepikan dulu )
2 bawang merah (ikut besar mana) tumbuk / kisar
2 bawang putih - tumbuk / kisar
1 biji tomato - tumbuk /kisar
1 inci halia - tumbuk / kisar
1 btg kulit kayu manis
1 bunga lawang
1 bunga cengkih
1 buah pelaga
Minyak / majerin untuk menumis.
kalau guna majerin pun ok, baru la wangi sikit nasi tu.
sedikit garam


Bahan untuk acar :-

1 batang timun ( di potong memanjang dlm 1 inci mcm tu )
1 biji cili besar merah ( di hiris )
Nenas ( potong kecil ) ikut banyak mana nak letak ye.
gula & garam

Gaulkan semua bahan di atas tu.siap


Cara memasak :-

Mula-mula panaskan kuali,masukkan minyak / majerin tumiskan dulu kulit kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga & bunga lawang lepas tu barulah masukkan bahan di atas tu.
tumis sehingga naik bau wangi ye..urmmmm waaaaa..ada bau tak?? Kalau tak ada bau tu maknanya hidung korang tersumbat haha..

Lepas tu dah naik bau kan,kalau korang nak masukkan beras dalam kuali gaulkan sekejap pun blh jugak.
Tapi ikut citarasa sendiri la.bagi aku paling mudah nak jimatkan masa, masukkan je dalam periuk nak masak nasi tu gaulkan je dalam tu..masak macam biasa..air tu jangan lebih jangan kurang ye..macam masak nasi biasa jugak..ukur je guna jari..


Ok nasi sudah di masak.
Untuk ayam masak merah pulak



Bahannya pun senang dan simple je :-


Ayam ( di potong kecil dan bersihkan ) Bajet nak letak banyak mana ye..
1 biji buah tomato ( belah 4 )
2 biji bawang merah - tumbuk / kisar
1 biji bawang besar - di hiris halus
2 biji bawang putih - tumbuk / kisar
1 inci halia
Sos tomato
Sedikit air asam jawa
minyak / majerin untuk menumis
Garam & gula secukupnya.


Caranya :-

Panaskan kuali dan masukkan minyak/majerin goreng ayam dulu separuh masak toskan dan ketepikan.
lepas tu tumis semua bahan di atas sampai pecah minyak.masukkan sos tomato kacau kejap.masukkan ayam tadi kacau lagi baru masuk air asam.klu nk banyak tambah je air dengan sos tadi tu.barulah nampak keserasiannya pekat dan mables..kacau duk kacau jangan lupa masukkan gula dan garam ye.
last sekali masukkan tomato dan bawang besar yang telah di hiris tadi..kacau kejap bagi bawang & tomato layu di tasik madu dulu.barulah siap



1 lagi penambahan boleh juga makan dengan papedom ke papadom.. pun sodap..

Okey dah siap semua boleh di hidang untuk santapan bersama.Selamat menjamu selera..
Kalau ada yang tak faham ke nak tanya apa-apa drop komen kat bawah tu ye...



Terima kasih !!










Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

4 comments :

  1. Simple jer resepinya..hhehee.. nak cari mood rajin boleh try masak..

    ReplyDelete
  2. Nasi tomato & ayam masak merah memang gandingan mantap! Sedapnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Urmmmm mmg sedap.. nyum nyum..rasa lapar la pulak hehe..

      Delete

Terima kasih :)