30 November 2014

Anak Sakit Mata..!

Assalamualaikum


بسم الله الرحمن الرحيم







Bila anak sakit mata | Kalau anak kecil sakit mata susahnya nak sembuh.
Memang lama sangat nak sembuh.masa anak zh sakit mata hampir 1 bulan lebih jugak la.
Kesiannya tak payah cakap.yela kita orang tua pun kalau sakit mata tak selesa kan..Kalau si kecil yang tak tahu nak cakap apa-apa lagi,lagilah.hurmmmmmm....


Pergi klinik dia hanya bagi ubat titik jelah..sebelum titik kat mata anak,
test dulu kat mata mamanya..yela sebelum ni tak pernah alami.tapi anak ke 2 kena sakit mata pulak.
Bila titik kat mata automatik terus masuk ke tekak..makkk aiii..pahitnya sampai nak muntah di buatnya uweeekkkkkk...


Nak bagi cepat sembuh titikkan la juga kat matanya.
Tapi keesokkan harinya bukan bertambah baik,lagi bengkak dan merah matanya jadinya.
Masa tu dah risau sangat..bawa lagi jumpa doktor.doktor suruh titikkan juga ubat tu.
Zh apa lagi titikkan aje.namun masih juga sama huhu.


Bila google pasal sakit mata semua cakap susu ibu titik dalam mata.
Masa tengah baca macam tak yakin sangat.tak berani nak buat.
Tapi ada satu lagi air zam zam.kalau air zam zam yakin InsyaAllah sembuh.
Tapi di sebabkan air zam zam tak ada.zh tanya mak mertua betul berkesan ke susu ibu titik dalam mata??


Mak mertua kata ok dan berkesan.sebab di amalkan sejak turun temurun lagi.
Zh balik rumah apa lagi test la titik ke dalam matanya.
Zh amalkan 3 kali sehari.Dan bacakan selawat sebanyak 3 kali.
Dengan IzinNya dalam 3 hari sahaja matanya dah elok.matanya dah tak bertahi lagi.



Alhamdulillah sembuh juga akhirnya.





P/s :Banyak juga khasiat susu ibu ni rupanya..anak dah 2 pun baru je tahun 2014 dapat petua ni hehe..terima kasih my mak mertuaku.love u lah..



Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

No comments :

Post a Comment

Terima kasih :)