17 May 2014

Kerabu Kacang Panjang

Assalamualaikum




Selamat petang semua..
Petang ni Zh nak kongsikan resepi kerabu made in kelate :)
Kerabu ni sedap di makan dengan nasi panas atau di makan macam tu saja (ratah je).
Puasa tak lama lagi..best jugak ni di sediakan juadah berbuka nanti .^_^
Tapi sebelum tu maaflah ye sbb gambarnya tak snap satu persatu,sebab nak cepat..hihi






Ok kita teruskan dengan bahan-bahannya :-



Bahan A
- Kacang panjang
- Ikan kembong/selayang@sardin (lagi banyak ikan lagi urmmm sedappp)
- Lada hitam
- Bawang merah kalau besar 1 labu je (1 ulas)



Bahan B
- Bawang merah besar 1 labu (di mayang)
- Cili besar (di mayang)
- Cili api (di mayang ) kalau nak pedas lagi (tapi ikut suka je)
- Kelapa (buat kerisik
- Santan Pekat
- Asam limau / limau kasturi
- Garam
- Gula




Step seterusnya :-

1- Kacang panjang di mayang halus-halus,kemudian rebuskan tapi jangan rebus lama sangat,
celur sekejap je.lepas tu toskan dan ketepikan
.
2- Ikan tadi tu rebus atau bakar sebab nak ambil isi je.

3- Santan tu kalau boleh masakkan sekejap.(kalau kelapa perah guna air suam je.)

4- Kelapa tadi di goreng tanpa minyak.dah agak-agak dah nak perang tu.tapi jangan la sampai hangus pulak ye hihi..lepas tu tumbuk.(buat kerisik)

5- Seteusnya tumbuk lada hitam,bawang merah dari bahan A tadi tu..tak lumat pun tak apa,lepas tu masukkan ikan yang telah direbus tadi ambil isinya tumbuk lagi.

6- Sediakan mangkuk besar untuk di campurkan bahan-bahan A dan B tadi yang dah tumbuk,santan,gula,garam dan perahan asam limau masukkan ke dalam mangkuk tu dan gaulkan sehingga serasi dengan masam,manisnya..bila sudah serasi sedia untuk di hidang. :-




Selamat mencuba!!




P/s : Kalau boleh ketika nak gaulkan tu gunakan sudu sebab kalau guna tangan nanti cepat basi.
Sebab guna santan.boleh juga di simpan dalam peti sejuk..Enak juga di hidang ketika berbuka puasa dan bersahur..Puasa tak lama lagi!!
Kalau ada apa yang nak di tanya sila drop komen di bawah ye ^_<





Di sediakan oleh :- Resepi turun temurun ZH



Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

2 comments :

  1. Assalamualaikum.

    Sesuai benar jadikan sajian waktu sahur nanti..makanan yg ringkas, tpi masih sedap..:)

    ReplyDelete

Terima kasih :)