8 May 2013

Resepi : Tongkol Gulai ( Kari Tongkol )

Assalamualaikum




Selamat pagi..
Takkan tumpah kuah kalau tak ke nasi kan..
eh betul ke ni..oklah resepi ni sambungan Tengok sini.
Resepi tongkol gulai..kalau kat sini kari ikan tongkol.





Bahan-bahan :


500 gm ikan tongkol / ikan aye ( di potong dan rebus)
700 ml santan
2 sudu makan ketumbar ( di tumbuk halus )
1 sudu teh jintan putih ( di tumbuk halus )
1 batang serai ( dititik )
1 keping asam keping
1 sudu makan kerisik
2 biji cili merah ( belah 2 )
2 biji cili hijau ( belah 2 )
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis.



Bahan kisar :


8 tangkai cili kering  ( di rebus )
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 biji buah keras



Cara memasaknya :


Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar,rempah yang di tumbuk halus tadi dan masukkan garam.masak sehingga pecah minyak.Kemudian masukkan santan, serai, asam keping, gula dan kerisik. Kacau sehingga mendidih.Biarkan selama 2 minit dan
kemudian perlahankan api.Masukkan ikan tongkol dan kacau sebati.
Seterusnya masukkan cili merah hijau tadi.Masak sebentar. Angkat dan sedia untuk di hidang dengan nasi dagang




P/s : Selain ikan tongkol / aye, ikan tenggiri dan lain2 pun boleh..ikut kesukaan..



Sebarang pertanyaan sila tinggalkan jejak anda kat bawah ni ye.
Selamat mencuba resepi dari zana..sedap tak sedap lain kira haha..untuk fiqa.kalau dah cuba resepi ni jangan lupa hulurkan sikit kat rumah akak ye hihi..
Sekian terima kasih..




Jom shopping



Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

17 comments :

  1. nampak sedaplah menu tu..hihi...:)...nanti jemput cik akak makan sini ye..

    ReplyDelete
  2. telan liur je la... dah la puasa ari nni.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. nak juga cuba resipi ni nanti :)

    ReplyDelete
  4. nampak sedap...kalau cuba buat lagi sedap...kan

    ReplyDelete
  5. sedapnya !
    tagged u in a post :)
    http://morethanword-zaty.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. nice sharing..

    #1127 done follow here,feel free to follow back..salam kenal

    ReplyDelete
  7. sedap nampaknya kalau dapat makan lagi sedap....hehe

    ReplyDelete
  8. @Noor Mala Shaharbetul tu..rasa air tangan sendiri pasti sedap sehingga menjilat jari :D

    ReplyDelete
  9. tenguk warna karinya dah tahu sedap.

    ReplyDelete

Terima kasih :)