8 May 2013

Resepi : Nasi Dagang ( Kelantan )

Assalamualaikum


Selamat pagi semua..
Jom kita pekena nasi dagang satu kali..
Siap dengan resepi sekali.. Dah lama dah kawan2 minta resipi ni,takdok maso.
Tapi inilah masonya.Y(^_<)Y.





Bahan-bahan untuk nasi :


-750 gm beras nasi dagang
-1biji kelapa ( ambil santan je )
-10 ulas bwg merah ( di hiris )
-5 ulas bwg putih ( hiris )
-2 cm halia ( hiris )
1 sudu teh halba
Sedikit garam




Cara memasaknya


Cuci dulu beras..lepas tu rendam beras tu selama 4 jam.Panaskan kukusan dan kukus beras sehingga masak.
Angkat dan gaulkan dengan santan yang telah di campurkan dengan garam.Lepas tu gaulkan dengan bahan yang telah di hiris tadi dan masukkan halba.Masukkan semula ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi sampai masak.kalau dah masak boleh angkat..tapi belum boleh hidang lagi sebab kuahnya belum ada lagi hehe...Okelah tunggu sambungan untuk resepi seterusnya..resepi ikan tongkol





P/s : untuk nasi ada lagi bahan sampingan seperti acar.barulah nampak selera sikit.
kalau tak ada beras nasi dagang boleh guna beras wangi + beras pulut.






Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

1 comment :

Terima kasih :)