15 May 2012

Tip Untuk Mendapat Buffered Earning Daripada Nuffnang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua....





Saya sebenarnya hendak berkongsi tip-tip yang diperlukan untuk mendapatkan Buffered Earning daripada Nuffnang kepada semua blogger yang mana pada suatu hari saya ada menghantar satu tiket kepada pihak Nuffnang bertanyakan tentang apakah kriteria yang diperlukan oleh sesebuah blog untuk berpeluang dipilih diberikan Buffered Earning.

Walaupun tip-tip ini sebenarnya telah lama diketahui dan diamalkan oleh Otai-Otai blogger tetapi ia mungkin amat berguna untuk blogger yang masih baru dalam dunia blog terutamanya yang memasang iklan Nuffnang dan kepada blogger yang masih mencari pengiklanan yang sesuai untuk blog masing-masing. Semoga tip-tip ini dapat memberi sedikit panduan kepada mereka dan juga kepada saya sendiri.
Ribuan Terima Kasih saya ucapkan kepada pihak Nuffnang kerana sudi menjawab dan membalas pertanyaan tersebut dengan pantas dan panjang lebar sekali.

Berikut adalah jawapan kepada pertanyaan saya tersebut:

Untuk mendapat ruang "Buffered Earning" pada "Earnings" anda, pertama sekali anda haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) kami untuk membuat kempen CPM bagi pihak mereka. Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPM. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut :

Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers. Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik. Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh Advertisers kami.

Kebersanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.

Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.
Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.

Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.

Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPM mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!

Good luck dan selamat berblogging!

Cheers,
Anne Cheah
Blogger Relations
Nuffnang Sdn Bhd

Sumber : Sini





Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

14 comments :

  1. camtu ek. bru tau. tq atarg perkongsian ini..

    ReplyDelete
  2. hehe sis dh lama tak update blogger survey huhu

    ReplyDelete
  3. waaa...nice tips... and same name we have...hik2... bila tengok nama sama terus nak follow awak. ;)

    ReplyDelete
  4. wah.info yg menarik..! terima kaseh sudi bkongsi. :)

    ReplyDelete
  5. yup, advertisers akan view survey yg kita isi tuu dulu ^^

    ReplyDelete
  6. jarang sangat update survey tu huhu

    ReplyDelete
  7. Nice share! Sya traffic xcukup lg ni.. huhu.. :(

    ReplyDelete
  8. @Muhamad Asyraaf sy punya trafik pun xla seberapa pun..tp sekadar berkongsi2 x slh ken :)

    ReplyDelete
  9. ohhh..terima kasih utk perkongsian yg amat bermanfaat nih..huhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih :)