8 November 2011

Yogurt Homemade

Assalamualaikum



Yogurt Homemade

Bahan-bahan

1 quartz susu segar
¼ cawan yogurt perisa asli (starter)
¾ Cawan susu tepung tanpa lemak

Cara-cara

1. satukan susu segar dan susu tepung di dalam satu periuk
2. panaskan ke suhu 100-150°F
3. Apabila hamper mendidih, angkat dan sejukkan dalam bekas berisi air sejuk
Satukan air susu tadi dengan yogurt asli. (Yogurt asli ni boleh dibeli yang ready made di pasar raya sebagai stater kerana is mengandungi bacteria yang akan membiak di dalam susu yang baru)
4. Tuang campuran tadi dalam bekas/ container atau periuk bersih dan simpan di tempat yang hangat selama 6 jam lebih. Boleh juga simpan dalam oven, caranya panaskan oven ke suhu 275°c dan padamkan. Masukkan periuk berisi yogurt campur susu tadi selama beberapa jam.
Setelah yogurt menjadi pekat, simpan dalam peti sejuk

P/s: sangat sesuai dimakan bersama hirisan buah-buahan

Khasiat Yoguart: dikategorikan sebagai minuman kesihatan. perkataan Yogurt berasal dari bahasa turki yang bererti "susu masam". Yogurt ternyata menandungi banyak khasiat, beberapa di antaranya adalah seperti berikut:

1) menghasilkan zat-zat yang diperlukan oleh hati, berguna untuk pencegahan kanser
2) Membantu proses pencernaan
3) Yogurt memiliki gizi yang lebih tinggi berbanding susu segar. Kandungan lemak lebih rendah
4) membantu pertumbuhan.
5) mengandungi kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu. Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.
6) mengurangi kolesterol
7) antikanser dan meningkatkan antibodi.



Selamat mencuba ^_^

Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

5 comments :

  1. nak makan je, tk nak buat haha

    ReplyDelete
  2. mak aihhh..meleleh air liur tgk benda nih..nyam..nyam

    ReplyDelete
  3. sis92: hehe..

    apek poyo: meleleh ye...hihi
    try la wat ye hehe

    ReplyDelete
  4. thanks for the recipe. wanna try after this. ;)
    http://secretabc93.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima kasih :)